Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Puteri Sarah Dedah Pernah Dipukul? Syamsul Enggan Bercerai

Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin hari ini mendedahkan dirinya telah dipukul suaminya, Syamsul Yusuf, tiga tahun lalu.

Kejadian itu memaksa Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, keluar daripada rumah yang diduduki pada 2020.

Perkara tersebut ditimbulkan pada sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah harini.

Defendan bernikah dengan isteri kedua di Thailand

Pada 6 Januari, Syamsul Yusof telah memaklumkan bahawa dirinya sudah pun selamat menikahi, Ira Kazar.

Perkahwinan di Thailand tersebut berwalikan ayah mentuanya, Kazar Saisi yang juga merupakan seorang pelakon terkenal tanah air.

”Ada sebab saya berkahwin disini, untuk memudahkan beberapa urusan dan ia sudah didaftarkan. Syukur, Alhamdulillah.

Syamsul Yusof

Beliau turut menjelaskan bahawa Puteri Sarah masih menjadi isterinya yang sah.

Permohonan cerai difailkan dua bulan lalu

Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah telah memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Ya betul… Seperti dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan perceraian segera.

Puteri Sarah menegaskan keputusan memfailkan perceraian adalah muktamad dan tidak akan menarik balik hasratnya walau apapun berlaku.

Walau bagaimanapun, peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakili Syamsul memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya enggan melepaskan Puteri Sarah Liyana kerana percaya masih ada sinar untuk berdamai.

Sumber: Utusan

Total
0
Shares
Related Posts