Tindakan Noh Salleh ketika membuat persembahan dalam sebuah konsert hujung minggu telah menerima kecaman oleh netizen. Malah tindakan itu juga mendapat perhatian lagenda rock tanah air, Datuk Awie.
Menerusi laporan, vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie menegaskan bahawa penyanyi band rock Malaysia sepatutnya tidak menunjukkan sikap biadab ketika melakukan persembahan.
Rock ini ada kategori-katergorinya, rock punk, rock death metal dan sebagainya.
Baca juga: Pegang Rokok Sambil Catwalk, Dr Noor Hisham Tegur Noh Salleh
Kalau berkelakuan aneh itu siapa? Sebenarnya banyak beza antara bintang rock dengan ‘beruk’. Kalau ‘beruk’, begitulah agaknya. Rockers tak begitu.
Malah, Awie juga memberikan nasihat kepada penyanyi band rock di Malaysia supaya tidak terbawa-bawa masalah peribadi ke atas pentas dan tetap menjaga adab walaupun rock.
Sebelum ini, penyanyi Noh Salleh meludah ke arah penonton ketika persembahan di sebuah konsert Sabtu lalu, pengurus kepada penyanyi itu tampil menjelaskan situasi sebenar.
Walau bagaimanapun, pengurus kumpulan Hujan, Ahmad Ariffin Ahmad telah tampil dengan penjelasan terhadap isu Noh Salleh meludah dari atas pentas. Menurutnya Noh bertindak sedemikian kerana terasa renjatan elektrik ketika meletakkan mikrofon dekat dengan mulutnya.