Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Paras Oksigen Meningkat, Nad Zainal Tunjuk Perkembangan Positif

Baru-baru ini, pelakon, Nad Zainal dilaporkan sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi paru-paru berdarah.

Menurut Bapa pelakon itu, Zainal Abidin, Nad menunjukkan perkembangan yang positif apabila paras oksigen dalam darah pelakon itu semakin bertambah, dan pernafasannya juga kembali stabil.

Dua hari lepas keadaannya memang teruk. Namun, setakat petang semalam, dia menunjukkan perkembangan positif.

Zainal Abidin, Bapa Nad Zainal

Baca Juga: Anak Kucing Ini, Tidak Mempunyai Jantina?

Doktor ada memaklumkan, pendarahan dalam paru-parunya yang sebelum ini banyak, kini sudah berkurangan. Namun, rawatan dengan ubat-ubatan tetap diteruskan.

Zainal Abidin, Bapa Nad Zainal

Terdahulu, pelakon Dendam Seorang Isteri dikejarkan ke unit kecemasan dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Berita berkenaan dikongsikan oleh pelakon, Ungku Ismail menerusi Instastory miliknya. Dia memohon agar orang ramai mendoakan keadaan Nad yang kini dirawat di ICU.

Sumber: Utusan

Total
0
Shares
Related Posts