Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Gajah Mendaki Bukit, Petanda Cuaca Buruk Bakal Berlaku?

Baru-baru ini tular video penampakan tiga ekor gajah sedang menaiki kawasan cerun bukit yang tinggi. Kejadian itu dikatakan berlaku di Simpang Kuala Betis-Lojing di daerah Gua Musang.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @aimantransport, Haiwan berkenaan dilihat menaiki bukit dengan perlahan-lahan dan menyebabkan beberapa buah kenderaan berhenti untuk menyaksi gajah itu.

Petanda cuaca buruk akan datang, menurut masyarakat Orang Asli

Memetik laporan Kosmo, masyarakat Orang Asli tempatan percaya penampakan gajah yang bergerak ke kawasan yang lebih tinggi menunjukkan bahawa cuaca buruk bakal berlaku.

Selain daripada mengganggu habitatnya atau mencari makanan, kami tidak menolak kemungkinan gajah-gajah ini menunjukkan bahawa bencana alam mungkin semakin hampir.

Baca juga: Fenomena Letusan Lumpur Di Sabah Bukanlah Kali Pertama

Malah mengikut kepercayaan dahulu, Orang Asli telah mengambil tingkah laku haiwan sebagai ‘rujukan’ dalam menjalani kehidupan seharian.

Masyarakat Orang Asli menggunakan ini sebagai tanda persediaan menghadapi musim tengkujuh akan datang

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fasa peralihan monsun di dalam negara akan bermula pada 3 Oktober dan dijangka berterusan sehingga November 2022.

Total
0
Shares
Related Posts