Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lelaki Beri Bayi ‘Vape’ Ditahan Polis

Jika Sabit Kesalahan, Suspek Boleh Dihukum Penjara Sehingga 20 tahun, Denda RM50,000 Atau kedua-duanya
lelaki

Seorang lelaki yang memberi bayi menghisap vape dalam video TikTok yang tular baru-baru ini telah ditahan semalam.

lelaki
Sumber: Screenshot CendoolDurian

Menurut kenyataan polis Johor, unit siasatan jenayah menahan lelaki berusia 23 tahun itu pada 12.45 tengah hari Isnin. Penahanan itu dibuat selepas laporan dibuat oleh ibu mangsa pada 6 Ogos, 2.56 petang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Rupiah Abd Wahid berkata, suspek merupakan rakan kepada adik perempuan berkenaan. Ketika kejadian, bayi berusia tujuh bulan itu bersamanya, kakaknya dan suspek di sebuah restoran.

Susulan penahanan itu, polis akan memohon reman daripada mahkamah Johor Bahru hari ini, 9 Ogos, untuk siasatan lanjut

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, suspek yang juga seorang ahli perniagaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan komen dan maklumat yang tidak benar untuk mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat salah atau membuat tuntutan tidak bertanggungjawab di media sosial bagi mengelak gangguan,”

Terdahulu, tular satu video menunjukkan seorang lelaki memasukkan alat vape yang tidak berfungsi ke dalam mulut bayi dengan niat untuk bergurau. Kejadian itu dirakam dan dimuat naik ke Instagram oleh kakak pengadu. Video tersebut menjadi tular dan mendapat tindak balas negatif daripada netizen.

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Kedit Gambar: rawpixel.com

Total
0
Shares
Related Posts