Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Jemaah Haji Perlu Muat Turun Aplikasi Saudi Visa Pro

Bakal jemaah haji diminta memuat turun sendiri aplikasi Saudi Visa Bio pada telefon pintar untuk melakukan haji.

Aplikasi itu diperkenalkan dan dikuatkuasakan oleh kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan permohonan visa serta memendekkan tempoh prosedur kemasukan bakal haji ke Tanah Suci melalui Jeddah dan Madinah.

Aplikasi Saudi Visa Bio merupakan satu lagi inovasi baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi pada musim haji tahun ini, bertujuan untuk memudahkan permohonan visa selain memendekkan tempoh prosedur kemasukan bakal haji ke Tanah Suci melalui Jeddah dan Madinah

Pengarah Eksekutif Haji, YBhg Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman

Prosedur itu merangkumi empat proses iaitu melengkapkan alamat e-mel, emuatnaik imbasan muka surat butiran peribadi dalam pasport Malaysia, imbasan muka dan imbasan 10 jari (biometrik).

Bakal haji akan menerima emel pengesahan pendaftaran daripada Kementerian Luar Arab Saudi apabila maklumat peribadi telah berjaya dimuat naik ke dalam aplikasi tersebut melalui emel yang didaftarkan.

Pengarah Eksekutif Haji, YBhg Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman

Namun, Bakal haji juga diingatkan untuk terus menyerahkan pasport mereka kepada Tabung Haji setelah mendapat pengesahan bagi TH memproses visa haji bakal haji berkenaan.

Baca Juga: Arab Saudi Benarkan Pemegang Visa Pelancong Menunaikan Umrah

Difahamkan Malaysia antara lapan negara terawal di dunia selain Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Kuwait, United Kingdom, Tunisia dan Morocco yang dipilih untuk projek ini.

Ia mengambil kira reputasi Malaysia sebagai antara pengendali haji terbaik dunia yang telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan kemudahan dari kerajaan Arab Saudi.

Sumber: Tabung Haji

Total
0
Shares
Related Posts