Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

PDRM Lancar Sekatan Jalan Di Seluruh Negara Untuk Ketenteraman Awam

Polis Diraja Malaysia (PDRM) lancarkan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara mulai semalam sehingga satu tarikh ditetapkan bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani menjelaskan, langkah mendirikan SJR ini merupakan sebahagian daripada usaha pihak mereka bagi mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence.

Baca Juga: Suami Dera Isteri Dipenjara 3 Bulan, Denda RM2,000

Langkah itu juga bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak/siang hari.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani

PDRM meminta orang ramai memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR, terutamanya di luar waktu puncak.

Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR terutamanya di luar waktu puncak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: PDRM

Total
0
Shares
Related Posts