Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Siti Bainun Diarah Bela Diri Kerana Abai & Aniaya Bella

Pada Julai tahun lalu, media sosial dibanjiri oleh isu mengenai penderaan fizikal kepada seorang kanak-kanak perempuan OKU yang dikenali sebagai Bella.

Disebabkan penderaan itu, Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di atas pertuduhan mengabaikan Bella yang juga seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down pada Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, Bainun didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak itu. Namun Bainun telah mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Mahkamah Arahkan Siti Bainun Bela Diri Disember Depan

Menurut laporan Harian Metro, Mahkamah Sesyen hari ini (24 November) memerintah Siti Bainun untuk membela diri berhubung dengan dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella.

Keputusan tersebut telah dibacakan oleh Hakim Izralizam Sanusi selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.

Baca Juga: Suami Dera Isteri Dipenjara 3 Bulan, Denda RM2,000

Mahkamah telah menetapkan perbicaraan untuk Siti Bainun membela diri pada  5,6,7,8 dan 9 Disember depan.

Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Total
0
Shares
Related Posts