Seorang warga Malaysia berusia 51 tahun telah meninggal dunia ketika mendaki di Gunung Kinabalu, Kundasang, Ranau, semalam.
Menurut laporan Berita Harian, Lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di KM3.2 laluan pendakian, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dibawa turun.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 1.23 tengah hari.
Lelaki itu telah diberikan bantuan pernafasan sebelum dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung.
Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindak lanjut.
Sumber: Berita Harian