Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Boleh Tuntut Pampasan Jika Penerbangan Ditunda Atau Batal?

Pengecualian pampasan hanya berlaku apabila keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan

Kes penerbangan ditunda selama berjam-jam atau dibatalkan secara tiba-tiba bukanlah kes yang asing kepada penumpang lapangan terbang di Malaysia.

Malah, ada kes yang dilaporkan di mana penumpang terpaksa ‘berkampung‘ di lapangan terbang selepas syarikat penerbangan menunda penerbangan beberapa kali.

Penumpang ‘terkandas’ berhak tuntut pampasan

Dalam satu kenyataan di Twitter, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) mengumumkan bahawa penumpang berhak untuk menuntut pampasan sekiranya penerbangan ditunda atau dibatalkan.

Tuntutan itu bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan di mana penumpang boleh menuntut pampasan jika;

  • Penerbangan ditunda selama 2 jam atau lebih.
    • Anda boleh menuntut makanan, panggilan telefon, dan akses internet.
  • Penerbangan ditunda selama 5 jam atau lebih.
    • Anda boleh menuntut penginapan hotel dan pengangkutan.
  • Penerbangan dibatalkan.
    • Anda boleh menuntut pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif.

Baca Juga: Lesen Meniaga Ditarik Selepas ‘Viral’ Video Tikus Makan Ayam Goreng

Walau bagaimanapun, pengecualian pampasan hanya berlaku apabila keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan yang melibatkan risiko keselamatan ataupun cuaca ekstrem.

Sumber: KPDNHEP

Total
0
Shares
Related Posts