Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Malaysia Hadap Gelombang Kecil Covid-19, Khairy Gesa Pakai Pelitup Muka

Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media hari ini berkata Malaysia sedang mengalami gelombang kecil jangkitan Covid-19, selepas peningkatan jumlah kes.

Memandangkan Malaysia mengalami peningkatan kes Covid-19, Khairy berkata bahawa penggunaan topeng kini “sangat disyorkan” walaupun ia kekal secara sukarela.

Beliau berkata antara 23 dan 29 Oktober, kes jangkitan baharu meningkat sebanyak 16.5 peratus kepada 16,917 kes daripada 14,250 kes minggu sebelumnya.

Malah, bilangan pesakit di hospital juga meningkat sebanyak 14 peratus, bagi setiap 100,000 orang.

Kami dapati dari segi kemasukan ke hospital kerajaan, paling ramai adalah dalam kalangan mereka yang mengalami simptom ringan. bukan simptom serius

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin

Namun, penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hanya meningkat sebanyak 2 peratus.

Parti politik dan calon pilihan raya perlu menunjukkan contoh yang baik untuk hentikan penularan sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Bekas ahli parlimen Rembau itu berkata parti politik dan calon pilihan raya perlu menunjukkan contoh yang baik sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Calon pilihan raya yang ingin pergi ziarah ke rumah perlu memakai topeng muka ketika menziarahi orang sakit dan warga emas.

Baca Juga: Risiko Kemelesetan Ekonomi Global Semakin Meningkat

Parti-parti politik juga yang mengadakan ceramah di ruang tertutup harus menasihati para hadirin supaya memakai topeng muka atau menyediakan topeng muka, terutamanya apabila tempat itu menjadi terlalu sesak.

Khairy juga berkata Kementerian Kesihatan telah menghantar cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai prosedur operasi standard (SOP) untuk pilihan raya umum yang selamat dan perkara itu akan diumumkan oleh badan pilihan raya itu.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts