Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Atuk Kantoi Kahwin Dengan Bekas Menantu Lepas Gambar Nikah Viral

Seorang atuk berusia 70 tahun telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan bekas menantu perempuannya yang berusia 28 tahun di India.

Warga emas lelaki bernama Kailash Yadav telah kehilangan isterinya sejak 12 tahun lalu. Malah, anak ketiganya juga meninggal dunia tidak lama kemudian. Perkara tersebut menyebabkan dia memujuk menantunya, Pooja untuk berkahwin lain.

Namun, wanita itu kemudian mengambil keputusan untuk menetap dan berkahwin bersama Kailash di Kampung Chhapia Umaro, India.

Baca Juga: Cubaan Lemaskan Diri Gagal, Selepas Terapung 10 Jam

Difahamkan, Kailash tidak memberitahu sesiapa termasuklah jiran dan penduduk kampung bahawa dia telah berkahwin dengan menantunya. Namun, status hubungan mereka berdua terbongkar selepas gambar perkahwinan mereka tular.

Disebabkan, ‘Hubungan Rahsia’ itu telah terbongkar, pihak polis telah menjalankan siasatan terhadap perkahwinan mereka.

Sumber: india.com

Total
0
Shares
Related Posts