Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Subsidi Tiket Penerbangan RM300 Untuk Pelajar Universiti Awam

Kerajaan memperkenalkan inisiatif bantuan subsidi tiket penerbangan RM300 untuk pelajar universiti awam (UA) bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Inisiatif dinamakan FLYsiswa diberikan melalui kaedah credit shell untuk pelajar membeli tiket penerbangan domestik untuk perjalanan antara tempat asal dan tempat pengajian mereka.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke bakal memanfaatkan lebih 56,000 penuntut universiti awam di seluruh negara membabitkan kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.

Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian kredit di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus.

Pelajar universiti awam boleh menyemak kelayakan mereka di portal Subsidi Penerbangan Kementerian Pengangkutan dengan memasukkan nombor IC mereka dan memilih universiti awam mereka.

Pelajar yang mendaftar di universiti awam untuk tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023 layak mendapat subsidi.

Pelajar yang tidak layak mendapat subsidi boleh menyemak dan memfailkan rayuan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui universiti masing-masing.

Sumber: Minister Of Transport Malaysia

Total
0
Shares
Related Posts