Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

FSA2 KWSP: Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Fasiliti Sokongan Akaun 2 adalah satu kemudahan bertujuan membantu ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pemohon boleh mendapatkan pembiayaan maksimum telah ditetapkan pada jumlah RM50,000.

Insiatif ini pertama kali diumumkan pada 22 march 2023, bagi memberi ruang kepada ahli yang mempunyai simpanan di dalam KWSP tetapi terdesak untuk mendapatkan sumber kewangan tunai, tanpa perlu membuat pengeluaran daripada simpanan KWSP.

Baca juga: KWSP lancarkan i-Sayang Untuk Benarkan Suami Beri Caruman 2% Kepada Isteri

Susulan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) lanjutan pengumuman Kementerian Kewangan itu.

Apa itu Fasiliti Sokong Akaun 2?

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Simpanan dalam Akaun 2 akan dijadikan sebagai asas bagi pembiayaan ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Apakah manfaat fasiliti ini?

Fasiliti sokongan ini menawarkan penyelesaian praktikal untuk ahli KWSP yang menghadapi isu ketidakcukupan tunai sementara dengan menyediakan aliran tunai melalui pembiayaan peribadi.

Malah, ia membolehkan pencarum mengambil manfaat daripada kuasa pengkompaunan dividen ke atas simpanan persaraan mereka.

Berapakah kadar faedah yang dikenakan?

Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh bank-bank yang mengambil bahagian di bawah program ini adalah antara 4% hingga 5%.

Difahamkan kadar faedah yang dikenakan adalah lebih rendah daripada kadar pasaran semasa iaitu 8% hingga 15%.

Apakah syarat yang ditetapkan?

  • Syaratnya mereka mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.
  • Jumlah pembiayaan maksimum RM50,000 (tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP).
  • Warganegara Malaysia

Bagaimana permohonan dapat dibuat?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Walau bagaimanapun, Ahli perlu membuat semakan awal kelakayan dalam Akaun 2 KWSP terlebih dahulu.

Bermula 5 April 2023, ahli boleh melawat https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon

Sumber: MOF, KWSP (1) (2)

Total
0
Shares
Related Posts