Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

16 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Sehingga 15 November

16 stesen LRT, dari stesen Kelana Jaya ke Ampang Park, akan dihentikan operasi selama tujuh hari bermula Rabu hingga 15 November depan untuk tujuan pembaikan.

Ini termasuk laluan utama seperti stesen pertukaran KL Sentral, Pasar Seni, dan KLCC.

Laluan ini telah ditutup sejak 4.49 petang Selasa, atas kebimbangan keselamatan kerana operasi itu dianggap tidak stabil.

Rapid KL telah mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa sistem automatik rosak dan tren terpaksa dipandu secara manual.

Isu itu pada mulanya diselesaikan pada pagi Ahad (6 November) tetapi masalah itu berulang pada hari Isnin (7 November) dan sekali lagi pada Selasa (8 November).

Baca Juga: KTMB sediakan khidmat ETS tambahan sempena PRU15

Penunggang dinasihatkan untuk mencari pengangkutan alternatif atau menaiki bas ulang-alik percuma yang disediakan oleh Rapid KL.

Dalam kemas kini sama, Rapid KL turut memaklumkan sebanyak 22 LRT laluan Kelana Jaya akan ditamatkan operasi awal pada tempoh sama.

“Stesen itu adalah Gombak, Taman Melati, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa, Jelatek, Dato Keramat, Damai, Lembah Subang, Ara Damansara, Glenmarie, Subang Jaya dan SS15, SS18, US7, Taipan, Wawasan, USJ21, Alam Megah, Subang Alam dan Putra Heights.

Walau bagaimanapun, stesen kereta api lain di laluan Kelana Jaya tidak terjejas dan akan terus beroperasi seperti biasa.

Total
0
Shares
Related Posts