Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Ancaman Tanah Runtuh Di 31 Kawasan ‘Hotspot’ Seluruh Negara

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah mengenal pasti 31 kawasan ‘hotspot’ tanah runtuh di seluruh negara susulan fenomena hujan berterusan semasa Monsun Timur Laut.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh JMG, terdapat beberapa kawasan yang berisiko dan terdedah dengan bencana tanah runtuh.

Antara kawasan-kawasan hotspot yang berisiko dan sentiasa dipantau adalah di Cameron Highlands dan Bukit Fraser di Pahang, Bukit Antarabangsa, Hulu Langat dan Kuala Kubu Bharu di Selangor, Gunung Jerai dan Baling di Kedah, Tanjung Bungah serta Paya Terubong di Pulau Pinang.

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)

Baca Juga: Paras Air Laut Di Jakarta Lebih Tinggi Dari Darat?

“Ia termasuk Genting Peras dan Jalan Seremban-Simpang Pertang di Negeri Sembilan; Ipoh dan Kledang di Perak; Felda Aring-Kuala Berang-Kenyir di Terengganu dan Lojing-Gua Musang di Kelantan,” katanya.

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)

Dalam pada itu, Gunung Pulai di Johor adalah kawasan ‘panas’. Malah, Miri, Kapit dan Bau di Sarawak dan Kota Kinabalu, Kundasang dan Sandakan di Sabah juga terlibat sama.

Walau bagaimanapun, JMG telah melaksanakan program pengurangan risiko bencana geologi khususnya di Taman Eko Rimba (TER) yang menjadi tumpuan pelancong. Malah, JMG juga melatih penduduk setempat untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kesiapsiagaan terhadap risiko tanah runtuh kepada penduduk setempat.

Untuk makluman, sebanyak 7,305 tanah runtuh telah direkodkan dari tahun 1961 hingga November 2022.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts