Anak kepada bekas perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mempersoalkan mengapa Anwar Ibrahim dibenarkan berkempen dari penjara semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015 manakala bapanya yang dipenjarakan dilarang mengeluarkan kenyataan mengenai PRU15.
Nooryana turut berkongsi screenshot artikel berita berkaitan, salah satunya mengatakan bahawa mesej Anwar kepada umum telah disampaikan oleh peguamnya ketika itu, Latheefa Koya, menggesa mereka mengundi PKR dan calonnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Kenapa Anwar Boleh tapi Najib tak boleh?” katanya di laman Instagram.
Najib Razak tidak dibenarkan memberi kenyataan berkaitan PRU-15
Semalam, Jabatan Penjara Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak tidak dibenarkan memberi sebarang kenyataan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Memetik laporan Berita Harian, Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia, Supri Hashim berkata, mana-mana banduan yang sedang menjalani hukuman penjara tidak dibenarkan berbuat demikian.
Ini kerana, banduan-banduan yang sedang menjalani hukuman penjara tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan malah surat serta dokumen juga perlu ditapis terlebih dahulu.
Jabatan Penjara tiada kaitan dengan politik dan kami melaksanakan tanggungjawab kami tanpa mengira kerajaan yang memerintah
Baca juga: Rayuan Akhir Gagal, Najib Razak Dipenjara Hari Ini