Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Dr Fukushi Masaichi Penyimpan Kulit Manusia Bertatu Penuh

Bilaber fikir tentang ‘meyimpan kulit manusia‘ anda mesti fikirkan penyimpan tersebut melakukan pembunuhan yang mengerikan yang tidak dijangkau oleh pemikiran manusia, kan?

Namun, tahukah anda di Jepun ada seorang saintis yang suka mengumpul kulit manusia. Atau lebih tepat, kulit orang bertatu yang telah meninggal dunia.

Fukushi Masaichi “pengumpul kulit manusia”

Dr. Fukushi Masaichi (1878-1956) terkenal dengan koleksi kulit manusia yang menarik dan mengerikan, khususnya kulit manusia bertatu penuh.

Baca Juga: Pembunuh Pakai Kulit Manusia Pencetus Filem Bunuh

Beliau adalah seorang doktor, ahli patologi, dan profesor emeritus di Universiti Perubatan Nippon yang mengkaji bagaimana dakwat tatu kekal berinteraksi dan ‘membaiki’ kulit yang rosak akibat sifilis.

Wujudkan persatuan liga tatu jepun

Disebabkan minatnya untuk mengkaji kulit yang bertatu beliau menjalin kerjasama dengan Mitsui Memorial Hospital untuk memperoleh akses terus kepada pesakit yang memiliki tatu penuh.

Malah, beliau menubuhkan Liga Tatu Jepun. Di mana, para pemakai tatu penuh dikumpulkan dalam satu persatuan. Sekali gus, memudahkan pertemuan secara berkala di rumah mandi awam bagi memperagakan tatu masing-masing.

Persatuan itu disertai oleh ahli kongsi gelap, pekerja pembinaan, dan buruh paksaan.

Sanggup bayar sejumlah duit untuk mereka yang mahu menyumbang kulit bertatu

Bukan itu sahaja, beliau juga sanggup membiayai kos membuat tatu bagi sesiapa yang bersetuju. Malah inisiatif ini berjaya mengumpulkan sekitar 2,000 kulit manusia untuk kajiannya. 

Namun, kebanyakan koleksi musnah semasa Tokyo dibom oleh Amerika Syarikat pada 1945 dan hilang akibat dicuri semasa beliau melawat Chicago.

Kini, kesemua kulit tatu yang dikumpul Drdiserahkan kepada Medical Pathology Museum of Tokyo University sebagai bahan pameran tertutup.

Sumber:

(2021, March 12). Fukushi Masaichi “the skin collector.” All Things Tattoo. https://allthingstattoo.ca/2021/03/12/fukushi-masaichi-the-skin-collector/

Yamatomagazine, V. A. P. B. (2020, September 14). The Bodysuit Collector: Doctor Fukushi Masaichi And The Art Of Preserving Tattooed Skin. Yamato Magazine. https://yamatomagazine.home.blog/2020/09/14/the-bodysuit-collector-doctor-fukushi-masaichi/

Total
0
Shares
Related Posts