Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Apakah Hukum Makan Makanan Non-Muslim?

Pada zaman kini, banyak content creator telah berkongsi lokasi tempat makan yang menarik makan di sekitar ibu kota. Seperti kita tahu ‘orang kita’ memang pantang lihat kedai ‘viral’.

Namun, sesetengah kedai makan telah memberi keraguan kepada sesetengah pihak mengenai status halal kerana makanan dibuat oleh non-muslim.

Dilemmanya sekarang apakah hukum kita memakan makanan non-muslim?

Menurut Mufti Wilayah Perseketuan, tiada menjadi kesalahan bagi seorang muslim untuk memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh bukan muslim dari susu, sayur-sayuran, buah-buahan dan segala macam jenis makanan yang lain kecuali sembelihan mereka.

Riwayat Abd Al-Razzaq di dalam Musannafnya (10155):

“Tidak mengapa dengan memakan makanan orang Majusi selain daripada sembelihannya.”

Justeru tidak menjadi kesalahan bagi seorang Muslim untuk memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh orang bukan Islam selagi bahan digunakan adalah halal dan diyakini kesuciannya manakala bukan daripada hasil sembelihan mereka.

Sumber: muftiwp

Total
0
Shares
Related Posts