Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Semak Arah Kiblat Kediaman, Matahari Tegak Atas Kaabah 15 Julai

Arah kiblat merupakan elemen kritikal dalam ibadah solat bagi umat Islam. Ini kerana kita diajar untuk mengejarkan solat dengan menghadap ke arah kiblat, iaitu ke arah Kaabah yang terletak di Kota Suci Mekah.

Namun begitu, Planeterium Negara memaklumkan umat Islam berpeluang untuk menyemak dan menentukan arah kiblat sendiri pada 15 Julai ini.

Umat Islam boleh semak arah kiblat di rumah pada 15 Julai ini

Matahari dilapor akan berada tepat di atas bandar Mekah, kira-kira 5.27 petang (waktu Malaysia) pada hari tersebut.

Menerusi hantaran di Facebook Planeterium Negara, fenomena tersebut merupakan yang kali kedua pada tahun ini selepas fenomena yang pertama berlaku pada 27 Mei yang lepas.

“ketika kejadian, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah,” ujar hantaran tersebut.

Planetarium Negara

Planetarium Negara turut memaklumkan lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semulajadi.

Fenomena matahari tegak di atas Kaabah

Di Malaysia, arah kiblat ditentukan menerusi panduan azimuth (darjah) iaitu ke arah barat laut dengan nilai arah sekitar 291 darjah hingga 293 darjah andai melibatkan kawasan Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak pula adalah sekitar 290 darjah hingga 292 darjah.

Ia dilakukan menerusi peristiwa Istiwa’ A’zam. Ketika itulah, kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah. Ia memungkinkan penentuan arah kiblat dengan cara yang mudah dan tepat dilaksanakan melalui bayang-bayang objek tegak.

Istiwa’ A’zam merupakan salah satu fenomena astronomi yang dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia yang berlaku dua kali pada setiap tahun.

Total
0
Shares
Related Posts