Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Bersetubuh Dengan Hamba Dibenarkan Dalam Islam?

Baru-baru ini kecoh tentang poligami di media sosial. Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah naratif yang mengatakan Islam membolehkan tuan untuk bersetubuh dengan hamba tanpa bernikah.

Individu tersebut berkata bahawa tuan bagi hamba itu dibenarkan untuk menyetubuhi hambanya dan persetubuhan itu halal sama seperti perkahwinan.

Persoalannya kenapa Islam membenarkan tuan kepada hamba menyetubuhi hamba perempuannya?

Pemilikan Hamba dalam Islam

Seperti umum tahu, perhambaan adalah satu norma yang berlaku di zaman Arab pra-Islam dan banyak masyarakat purba yang lain. Kedatangan Islam membawa perubahan ketara kepada pemilikan hamba.

Apa yang berbeza mengenai amalan perhambaan di dalam Islam adalah amalan perhambaan mestilah menitik beratkan hak asasi manusia dan tidak menggunakan kekerasan.

Ini kerana, keizinan perhambaan dalam Islam adalah untuk memberhentikannya, dan jika perkara itu tidak tercapai hak-hak kemanusiaan hamba perlu dijaga.

Jadi betul ke Islam benarkan pemilik untuk bersetubuh dengan hamba?

Menurut laman sesawang muftiwp, Mengadakan hubungan seks dengan hamba wanita yang menjadi miliknya sendiri adalah dibolehkan berdasarkan nas Ilahi.

Berdasarkan ayat ini, bersetubuh yang dihalalkan Syariat adalah melalui dua ikatan:

  • Isteri
  • Hamba Abdi

Malah, para Ulama juga mengatakan bahawa bersetubuh dengan hamba dibenarkan dan tidak memerlukan akad nikah kerana hamba itu telah menjadi milik tuannya secara sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, perkara ini hanya terhad kepada hamba perempuan sahaja dan tuan wanita tidak boleh bersetubuh dengan hamba lelaki, mereka tidak mempunyai hak sedemikian.

Sumber: muftiwp, dailysabah & Researchgate

Total
0
Shares
Related Posts