Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kawasan Di Kuala Lumpur Banyak Batu Kapur?

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan insiden tanah jerlus, yang menelan seorang mangsa di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur.

Ada yang terkejut apabila mendapati terdapat arus besar yang mengalir di bawah tanah. Bagaimanapun, dalam kes ini, wanita itu dihanyutkan oleh arus deras dalam paip kumbahan.

Insiden itu menimbulkan 1001 persoalan dalam kalangan netizen, bagaimana kejadian tersebut berlaku dan salah satu isu dikatakan orang adalah rupa bumi Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur penuh dengan batu kapur

Faktor utama yang menyumbang kepada risiko tanah jerlus adalah struktur landskap batu kapur, aktiviti pembangunan dan urbanisasi serta pengurusan air bawah tanah.

Sumber: mdpi

Jika melihat peta geologi di Kuala Lumpur kawasan yang bertanda biru cair adalah zon batu kapur.

Malah, satu kajian menunjukkan kawasan-kawasan utama di bandar ini mempunyai landskap batu kapur karst. Batu kapur ini dikatakan mudah larut dalam air dan mampu menyebabkan perubahan struktur tanah jika berlaku perubahan aliran air bawah tanah.

Bagaimana pembentukan tanah jerlus berlaku?

Tanah jerlus adalah pemendapan semula jadi permukaan jalan yang disebabkan oleh pelarutan batu-batu pada kedalaman tertentu

Pembentukan tanah jerlus biasanya berlaku di kawasan-kawasan dipanggil ‘karst’ yang mudah terhakis, dengan batuan seperti batu kapur atau dolomit, atau mineral seperti garam dan gipsum.

Ini bermaksud hujan lebat atau banjir pada permukaan jalan boleh menjadi punca berlakunya tanah jerlus. Malah, kerja-kerja binaan, paip sistem saliran bocor, paip utama pecah dan penggalian air bawah tanah juga menyumbang kepada fenomena tersebut.

Total
0
Shares
Related Posts