Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lagu Hari Raya Dinyanyikan Oleh Penyanyi Berbangsa India?

Bila hari raya memang tak sah kalau tak buka lagu-lagu raya ketika memandu pulang ke kampung atau melawat sanak saudara.

Tapi tahukah korang bahawa ada satu lagu popular hari raya yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan berbangsa India?

Untuk pengetahuan, satu lagu lagenda yang sering diputarkan oleh radio yang berjudul Bersama Di Hari Raya adalah lagu yang dinyanyikan oleh dua orang adik-beradik yang berbangsa India.

Kumpulan itu diberi nama Cenderawasih, sebuah kumpulan penyanyi adik beradik yang ditubuhkan pada 1981, dianggotai oleh Helen Savaree dan Irene Savaree.

Sepanjang karier, kumpulan duo ini terlibat dalam 3 album. Malah, kumpulan ini memiliki banyak lagu hits termasuk Deritamu Deritaku yang dikeluarkan pada 1984.

Kalau korang nak tahu bukan adik-beradik ini sahaja yang popular akan tetapi lagu dari Alleycats yang berjudul Berita Dari Rantau juga popular dan sering diputarkan semasa musim perayaan Aidilfitri.

Total
0
Shares
Related Posts