Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lagu Raya Pertama Dirakam Pada Tahun 1936?

Setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri, kita akan didendangkan dengan lagu-lagu raya bagi memeriahkan lagi perayaan tersebut.

Selalunya kita akan dengar lagu-lagu raya tradisional dari era P.Ramlee sehingga era kini, Tetapi pernahkah kita terfikir sebelum P.Ramlee, siapa yang mula mengubal lagu-lagu raya?

Baca Juga: Asal Usul Rendang Yang Perlu Anda Tahu!

Untuk mencari lagu raya pertama, kita perlu kembali ke zaman ketika Malaysia masih mencari identitinya sebagai sebuah negara.

Lagu Raya yang pertama dikatakan dirakamkan di Malaysia pada tahun 1936

Lagu Salamat Hari Raya ini telah dicipta oleh Tengku Alibasha atau dikenali sebagai Che Ara Bangsawan di bawah label H.M.V Malay Records.

Lagu itu telah didendangkan oleh seorang penyanyi bangsawan, Allahyarhamah Aminah Raden Nani atau lebih dikenali sebagai Miss Aminah.

Walau bagaimanapun, tiada rekod tepat berkenaan lagu raya pertama di Tanah Melayu atau negara ini secara khusus.

Siapa Miss Aminah?

Miss Aminah merupakan primadona Sri Panggung Bangsawan, Beliau dilahirkan pada 15 Januari 1919 di Lorong Pisang, Singapura, dan menetap di Kampung Makam Pulau Pinang dari tahun 1957 hingga 2000.

Beliau menceburkan diri dalam bidang Bangsawan pada usia yang muda, disebabkan bakatnya, beliau berjaya mendapat gelaran Sri Panggung Bangsawan pada usia yang muda iaitu 23 tahun.

Miss Aminah pernah mendapat pengiktirafan sebagai Tokoh Bangsawan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang, ini akhirnya meninggal dunia pada 6 November 2000 selepas diserang angin ahmar.

Sumber: JKKN

Total
0
Shares
Related Posts