Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Biar Betul! Mangkuk Boleh Jimatkan Penggunaan Petrol?

Menarik Betul Guna Mangkuk Jimat Minyak
Petrol

Seperti kita tahu harga bahan api telah naik dan semakin mahal di seluruh dunia. Maka ramai yang mencari alternatif dan solusi bagi mengatasi masalah harga petrol.

Baru-baru ini, seorang wanita britain di Tiktok @moneyformillennials telah berkongsi satu cara untuk menjimatkan kadar penggunaan petrol pada kenderaan iaitu dengan menggunakan mangkuk kaca.

Untuk pengetahuan korang, gaya pemanduan yang dimaklumkan oleh wanita tersebut boleh dikaitkan dengan gaya pemanduan hypermiling. Gaya tersebut dapat membantu kenderaan individu untuk menggunakan bahan api yang sedikit semasa bergerak.

Ini kerana memandu dengan laju akan membuat pemandu menekan brek secara mengejut dan boleh menyebabkan kereta mengunakan banyak bahan api.
 
Maka dengan mengunakan helah mangkuk kaca berisi air yang di ajar oleh wanita tersebut, ia akan memaksa seseorang itu memandu dengan lebih perlahan dan berhati-hati, lalu dapat menjimatkan penggunaan bahan api.

 
Apa pun memang menarik apa yang dilakukan wanita tersebut. Boleh la cuba cara yang wanita ni ajar!

Sumber : DailyStar

Total
0
Shares
Related Posts