Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Asal Usul Rendang Yang Perlu Anda Tahu!

Pejam celik, pejam celik dah kita di akhir bulan ramadan. Bila menyambut Hari Raya Aidilfitri, juadah yang wajib ada sememangnya ‘rendang’ tambah pula dengan lemang. Tak boleh dibayangkan bagaimana nak jalankan hari raya pertama tanpa rendang.

Tapi pernah tak korang terfikir dari mana asal usul ‘rendang’?

Asal usul Rendang dari Minangkabau

Untuk makluman, rendang berasal daripada perkataan marandang atau randang yang bermaksud ‘perlahan-lahan’. Dikatakan rendang dibawa oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat.

Hidangan ini pada asalnya dibuat sebagai salah satu cara untuk mengawet daging yang telah dilapah. Seperti kita tahu, pada masa lalu, tiada peti sejuk atau teknologi yang dapat membantu untuk memastikan makanan segar untuk jangka masa yang lama.

Maka, untuk mengatasi masalah bahan mentah menjadi busuk, orang Minangkabau menggunakan kaedah memasak daging secara perlahan dalam campuran santan dan rempah, termasuk halia, lengkuas, kunyit, serai, dan cili padi.

Proses memasak perlahan ini membolehkan daging menjadi lembut dan membantu mengekalkannya untuk jangka masa yang lebih lama.

Rendang di Malaysia?

Menurut sumber, rendang telah diperkenalkan ke Malaysia oleh pedagang Indonesia yang membawa tradisi masakan mereka. Lama kelamaan, rendang menjadi hidangan popular di Malaysia, terutamanya di negeri Negeri Sembilan dan Pahang, di mana terdapat ramai penduduk Minangkabau.

Baca Juga: Asal Usul ‘Yee Sang’ Makanan Tradisi Tahun Baru Cina

Di Malaysia, rendang telah menjadi sebahagian penting dalam identiti masakan negara dan sering dihidangkan semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri (Aidiladha) dan perkahwinan. Ia juga telah disesuaikan mengikut citarasa Malaysia, dengan variasi yang menggunakan pelbagai jenis daging atau menggabungkan bahan-bahan tempatan.

Apa perbezaan antara Malaysia & Indonesia?

Perbezaan antara rendang Indonesia dan rendang Malaysia ditentukan oleh beberapa faktor yang menyebabkan rendang Malaysia berbeza dengan rendang Indonesia.

Contohnya, rendang tok, sejenis rendang dari Perak, Malaysia, rendang telah ditambah dengan rempah kari India dan rempah ratus lain.

Namun, jika bercakap mengenai rendang khas Minangkabau, rendang ini mempunyai ciri tekstur daging kering (tanpa sup) dan berwarna hitam kerana proses memasak yang perlahan dengan api yang perlahan serta mempunyai aroma yang kuat.

Malah, warna dan tekstur diperolehi daripada proses memasak yang lama menggunakan api yang perlahan. Proses memasak rendang boleh mengambil masa sehingga 8 jam.

Jadi, kesimpulannya, perbezaan antara Rendang Indonesia dan Malaysia terletak pada cara memasak dan penambahan kerisik. Maka boleh dikatakan rendang Minangkabau dan rendang Malaysia adalah dua makanan yang berbeza, walaupun daripada tradisi masakan yang sama.

Sumber: sciencedirect, journalofethnicfoods

Total
0
Shares
Related Posts