Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

China, Burung Pipit & Bencana

Pada tahun 1958 terdapat satu peristiwa di mana kerajaan China telah melaksanakan sebuah kempen yang dinamakan “The Four Pests campaign”. Kempen tersebut dilakukan dengan bertujuan untuk membasmi tikus, lalat, nyamuk yang dianggap tidak bersih.

Tidak terkecuali burung pipit kerana memakan hasil kerja keras petani. “Burung adalah haiwan kapitalisme,” itulah yang dikatakan oleh kerajaan komunis China di bawah kepimpinan Mao Zedong (1893 -1976).

The Four Pests campaign China

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Great Leap Forward Mao Zedong, orang Cina telah menghapuskan tikus, lalat, nyamuk dan burung pipit dari 1958 hingga 1962.

Empat haiwan ini didakwa menyebabkan penyakit seperti malaria, wabak dan gangguan kepada rakyat cina

    Dikatakan dalam tempoh tiga tahun, kira-kira satu bilion burung pipit, 1.5 bilion tikus, 100 juta kilogram lalat, dan 11 juta kilogram nyamuk telah dibunuh di seluruh China.

    Perang terhadap burung pipit

    Kerajaan China percaya bahawa setiap burung pipit makan 4.5 kilogram (9.9 paun) bijirin setahun. Mao Zedong mendakwa burung pipit adalah musuh komunisme dan menghalang perkembangan ekonomi China.

    Pada tahun 1958, kerajaan China mengisytiharkan perang terhadap burung pipit. Selama beberapa hari, berjuta-juta orang Cina mengambil bahagian dalam memburu burung pipit.

    Selain menembak burung pipit, memusnahkan sarang dan telur, orang Cina menggunakan kaedah yang sangat bijak untuk membunuh burung iaitu membuat bunyi bising.

    Dengan memukul periuk dan kuali, mereka menghalang burung pipit daripada berehat di sarang mereka, yang menyebabkan mereka mati akibat keletihan.

    Perang terhadap burung pipit menyebabkan bencana alam

    Pembasmian berskala besar terhadap burung pipit menyebabkan ketidakseimbangan besar dalam alam semula jadi.

    Keadaan ini mengakibatkan jumlah serangga yang makan tumbuhan seperti belalang dan ulat makin bertambah. Banyak tanaman penduduk rosak teruk dan gagal dituai kerana dimakan oleh serangga tadi.

    Dasar kerajaan yang tidak berkesan mengakibatkan Kebuluran Besar Cina pada 1959-61 dan menyebabkan kematian akibat kebuluran yang paling tinggi dalam sejarah manusia.

    Menurut beberapa sumber, 55 juta orang Cina mati kerana kebuluran. Menjelang April 1960, kerajaan China menghentikan perangnya terhadap burung pipit dan mengarahkan usaha untuk membasmi kumbang dan serangga.

    Sumber:

    1.chinaunderground

    2. historydefined

    Total
    0
    Shares
    Related Posts