Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kenapa Filem Barbie Haram Ditayang Di Vietnam?

Semalam, Kerajaan Vietnam telah membuat keputusan untuk mengharamkan tayangan filem Barbie keluaran Warner Bros daripada edaran domestik.

Filem yang yang dibintangi oleh Margot Robbie dan Ryan Gosling telah diharamkan kerana ia memaparkan peta “garis sembilan sempang”, yang merujuk kepada garisan persempadanan yang digunakan oleh China untuk menuntut wilayahnya di Laut China Selatan.

Lembaga ulasan filem telah menonton filem itu dan membuat keputusan untuk mengharamkan tayangan filem ini di Vietnam kerana mengandungi pelanggaran mengenai garisan sembilan sempang

Ketua Jabatan Pawagam Vietnam Vi Kien Thanh

Apakah garisan sembilan sempang?

Garisan sembilan sempang atau ‘Sembilan garis terputus-putus’ adalah isu diantara negara Vietnam dan China yang melibatkan perebutan sempadan wilayah kelautan dan kepulauan di Laut China Selatan.

Garis sempadan ini digunakan oleh China untuk menuntut sebahagian besar Laut China Selatan. Ia terdiri daripada sembilan garis putus pada peta, menggariskan kawasan yang terbentang dari tanah besar China hingga ke pantai Vietnam, berhampiran pantai negara Asia Tenggara yang lain.

Dalam wilayah tersebut ia meliputi Zon Ekonomi Eksklusif melibatkan Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Vietnam serta Taiwan, negara China ingin menuntut kawasan tersebut sebagai milik mereka.

Baca Juga: Petani China Berjaya Cipta Tembikai Dua Rasa?

Disebabkan itu beberapa usaha dan rundingan telah diadakan atas tuntutan “unilateral” China keatas laut China Selatan.

Walau bagaimanapun, tidak ada apa yang berubah akibat daripada tuntutan tersebut.

Sumber: reuters, deadline

Total
0
Shares
Related Posts