Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pemuda Ini Belanja RM8 Ribu Sebulan Untuk Hidup Selamanya?

Seperti umum tahu setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian.

Namun di United Kingdom (UK) ada seorang pemuda yang sanggup menghabiskan lebih RM8 ribu sebulan dan menelan sehingga 60 biji pil sehari semata-mata mahu hidup selama-lamanya.

Leon Kurita-Goudlock, membelanjakan kira-kira 1,500-pound sebulan bagi tujuan menghentikan proses penuaan agar dapat hidup lebih lama.

Baca Juga: Wartawan Iran ‘Membidas’ Sifat Hiprokasi Media Barat

Leon juga sanggup menjalani proses ‘membekukan diri’ supaya dia boleh dibangunkan pada masa hadapan.

Percaya akan proses biohacking

Leon juga percaya proses yang digelar sebagai ‘biohacking’ iaitu proses menaik taraf fungsi badan dengan bantuan rawatan, ubat-ubatan, pemakanan, aktiviti kecergasan dan kaedah lain dapat meningkatkan aktiviti otak dan melambatkan proses penuaan.

“Saya mahu hidup selama-lamanya jika boleh, namun ia tidak mungkin, jadi saya akan melakukan segala yang mampu untuk kekal hidup lebih lama,”

Leon Kurita-Goudlock

Leon mula mengamalkan ‘biohacking’ ini kira-kira 10 tahun lalu selepas melihat ibu bapanya bergelut dengan masalah kesihatan. Malah, dia menelan sehingga 60 biji pil sehari untuk proses itu.

Sumber: Utusan

Total
0
Shares
Related Posts