Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Perut Ular Sawa

Misteri kehilangan seorang wanita bernama Zahara berusia 52 tahun akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemukan dalam perut seekor ular sawa sepanjang enam meter.

Mangsa hilang sejak Ahad lalu

Menurut laporan Regional Kompas, Mangsa dilaporkan hilang sejak Ahad lalu dan sejak daripada itu, penduduk kampung telah masuk ke dalam hutan untuk mencari mangsa

Namun tiada sebarang petunjuk mengenai keberadaan mangsa sehingga penduduk kampung menemui seekor ular sawa sepanjang enam meter.

Curiga akan perut ular sawa yang besar

Sumber: Regional Kompas

Penduduk kampung bernama Birin mula berasa curiga apabila melihat perut ular tersebut yang agak besar. Birin dan penduduk kampung kemudian berpakat untuk menangkap dan membunuh ular terbabit dan membelah perutnya.

Baca juga: Tikam Mangsa Dengan Pemutar Skru, Perompak Kini Diburu Polis

Apa yang mengejutkan adalah mayat warga emas itu dijumpai di dalam perut ular sawa.

Pagi tadi Ibu Zahara kami temukan di dalam perut ular, Ular ini adalah betina kerana bentuknya yang pendek tapi besar.

Kejadian itu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk kampung kerana takut ada ular yang lebih besar di dalam hutan.

Sumber: Regional Kompas

Total
0
Shares
Related Posts