Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Islamofobia: Masjid Di Manchester Dilempar Kepala Babi?

Islamofobia adalah istilah yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada agama Islam dan umat Islam.

Naratif ‘islamofobia’ telah mengelirukan masyarakat luar tentang Islam. Malah, naratif itu telah membawa kepada bentuk kebencian, diskriminasi dan prejudis terhadap umat Islam menjadikan negara Barat tidak selamat bagi umat Islam.

Kepala babi dilempar ke atas bumbung masjid Greater Manchester

Ahli jemaah kini dalam keadaan ‘takut’ setelah kepala babi dilemparkan ke atas bumbung sebuah masjid di Greater Manchester.

Kepala babi itu ditemui di bahagian bumbung bangunan ketika mereka meninggalkan perhimpunan sekitar jam 9.15 malam pada Jumaat 9 Disember.

Pada waktu petang, kami mengadakan perhimpunan di pusat komuniti dan beberapa individu keluar dan seseorang berkata ‘ada kepala babi di atas bumbung’.

Insiden itu telah dilaporkan kepada polis dan direkodkan sebagai jenayah kebencian Islamofobia.

Rakaman menunjukan seorang individu membawa plastik

Menurut Pemegang amanah HMCT, Mohammed Tayyab Mohiuddin, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah kereta berhenti dengan dua individu di dalam.

Seorang daripada individu itu membawa plastik sampah yang kelihatan ketika mereka keluar dari kenderaan.

Walau bagaimanapun, polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden itu.

Total
0
Shares
Related Posts