Pada 24 Februari 2023, Model Hong Kong Abby Choi (28) ditemui mati dalam keadaan menyayatkan hati di dalam peti sejuk sebuah rumah di Kampung Lung Mei, Daerah Tai Po, Hong Kong.
Apa yang lebih mengerikan mangsa telah dikerat dan sebahagian badannya telah dimasak serta dijadikan sup.
Polis telah menahan 4 suspek pembunuhan Abby Choi, salah seorang daripadanya bekas suami Abby Choi, Alex Kwong (31). Manakala tiga lagi suspek yang didakwa ialah bapa, ibu dan abang kepada bekas suaminya.
Motif pembunuhan Abby Choi
Menurut media tempatan, pembunuhan Abby Choi, dipercayai berpunca daripada pertikaian tentang isu kewangan dengan keluarga bekas suaminya.
Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya mempunyai banyak pertikaian kewangan membabitkan jumlah yang besar.
Siasatan awal membuktikan bahawa pembunuhan itu dipercayai dilakukan atas pertikaian antara Choi, Alex Kwong dan keluarga bekas suaminya berhubung harta bernilai puluhan juta dolar di daerah eksklusif Bukit Kadoorie di Ho Man Tin.
Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya, yang menjadi motif untuk membunuh
Choi bercadang untuk menjual harta yang dibelinya atas nama bekas bapa mertuanya. Dia berjanji akan menempatkan suami dan ahli keluarganya di kediaman lain. Namun tindakan ini ditentang keras oleh bapa mertuanya.
Baca Juga: Jeffrey Dahmer: Pembunuh Bersiri Milwaukee
Disebabkan itu, bekas bapa mertua Choi, yang juga bekas pegawai polis pada 2005, disyaki menjadi dalang di sebalik rancangan pembunuhan ini.
Kronologi pembunuhan mangsa
Abby Choi telah hilang sejak Selasa (21/2/2023). Fotonya kali terakhir dipaparkan di muka depan majalah fesyen digital L’Officiel Monaco minggu lepas. Sebelum Choi menghilangkan diri, bekas abang ipar Choi pergi ke rumahnya di Bukit Kadoorie di Ho Man Tin untuk bertemu mangsa.
Choi yang sepatutnya pergi mengambil anak perempuannya dari sekolah. Namun telah menghilangkan diri.
Dalam laporan, polis segera menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima laporan kehilangan Choi. Mereka juga menghubungi abang kepada Alex Kwong, bekas suami Choi. Malangnya, siasatan terhalangan apabila keluarga bekas suaminya membuat kenyataan palsu dan mengelirukan.
Walau bagaimanapun, pembunuhan itu terbongkar apabila pihak polis menemuikan sebuah rakaman CCTV yang mendedahkan dua kenderaan Toyota dilihat memandu menuju ke rumah di Lung Mei Village.
Salah satu kenderaan itu, disyaki digunakan untuk mengambil Choi di Jalan Lung Mei di Tai Po pada jam 3:12 tengah hari pada hari yang sama.
Pada hari Jumaat (24/2/2023), Polis telah menemukan mayat Choi di sebuah rumah di Lung Mei Village. Rumah itu disyaki telah disewa oleh bekas ibu mertua mangsa beberapa minggu lalu. Polis turut menemui alat yang didakwa digunakan untuk memotong mayat manusia, termasuk mesin pengisar daging. Barangan milik mangsa seperti kad pengenalan dan kad kredit turut ditemui di dalam rumah berkenaan.
Bekas suami cuba melarikan diri & Bapa mentua rancang pembunuhan
Pada 25 Februari 2023, Bekas suami Choi, Alex Kwong, 28, ditahan di terminal feri di pantai barat laut Pulau Lantau, Hong Kong dan pihak berkuasa turut merampas wang tunai 500,000 dolar Hong Kong (kira-kira USD63,700) dan beberapa jam tangan mewah bernilai kira-kira HK$4 juta (USD510,000).
Ibu bapa Kwong dan adik lelakinya berusia 31 tahun juga telah didakwa kerana membunuh model berusia 28 tahun itu.
Hingga kini sebahagian badan mangsa masih tidak dapat dijumpai. Polis mengesyaki bahawa kepala, badan dan tangan telah dilupuskan.
Sumber: scmp (1), scmp (2), straittimes