Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Mozek Zaman Byzantine Dijumpai oleh Petani Di Gaza

Seorang petani Palestin telah menemui mozek lantai yang dipercayai dari zaman Byzantine ketika cuba menanam pokok di tanahnya di Semenanjung Gaza.

Salman al-Nabahin menemui kejutan itu enam bulan lalu ketika membuat kerja di ladang pokok zaitunnya di khemah pelarian Bureij, kira-kira satu kilometer dari sempadan Israel.

Pelik pokok yang ditanamnya tidak tumbuh dengan baik

Byzantine
Sumber: Twitter

Pada mulanya Salman hairan kerana beberapa tanamannya tidak dapat tumbuh dengan baik. Salman menpercayai perkara itu terjadi kerana keadaan akar yang kurang berkembang. Maka, Salman mengambil keputusan untuk menggali dan menggembur tanah itu bersama anak lelakinya.

Ketika penggalian sedang dilakukan perkakas penggali tanah yang digunakan anaknya terkena pada sesuatu ‘objek’ keras yang dipercayai adalah lantai mozek.

Buat rujukan di Internet ternyata ia dari zaman Byzantine

Byzantine
Sumber: Twitter

Selepas perkara itu berlaku Salman membuat rujukan di Internet untuk mendapat makluman lanjut tentang lantai mozek yang dijumpainya. Dia mendapati lantai mozek berkenaan adalah dari era Byzantine.

Selain itu, Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Palestin juga menyatakan, lantai beberapa panel mozek yang bermotifkan haiwan serta gambaran kehidupan sosial itu bermula pada zaman Byzantine antara abad kelima dan ketujuh.

Pakar menganggap mozek itu sebagai salah satu khazanah arkeologi terbesar yang pernah ditemui di Gaza.

Gaza kaya dengan sejarah lama

Pada zaman dahulu Gaza telah menjadi tempat perdagangan penting sejak tamadun zaman Mesir kuno dan orang Filistin yang digambarkan dalam Alkitab, hingga ke empayar Rom dan perang salib.

Terutama, zaman Byzantine adalah zaman kekayaan dan naungan artistik di Palestin. Ia berakhir dengan penaklukan Muslim pada akhir 630-an.

Total
0
Shares
Related Posts