Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Berang Isteri Beli Kucing, Suami Sanggup Tetak Isteri

Seorang lelaki di Indonesia bertindak menetak isteri dengan sebilah parang sebanyak 16 kali kerana berang akan si isteri membeli seekor kucing tanpa izinnya.

Kejadian berlaku selepas suspek berusia 55 tahun itu mendapati isterinya telah membuat satu transaksi membabitkan seekor kucing.

Difahamkan, suspek sudah berulang kali melarang isterinya untuk tidak melakukan jual beli kucing, namun mangsa tetap berkeras dan memarahi suaminya sehingga mencetuskan pergaduhan.

Baca Juga: Lelaki Bunuh & Makan Kemaluan Kekasih Sejenis

Disebabkan pergaduhan itu, Ibu jari serta jari telunjuk mangsa putus di tetak. Namun, mangsa berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat dan dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Walau bagaimanapun, suspek sempat melarikan diri akan tetapi berjaya ditangkap dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Sumber: Kompas

Total
0
Shares
Related Posts