Durian adalah salah satu buah kegemaran orang Asia. Namun, seperti umum tahu ‘raja buah’ iaitu durian hanya boleh ditanam dibeberapa negara di Asia tenggara sahaja.
Namun, baru-baru ini China bakal menuai hasil durian mencecah ribuan tan metrik pada tahun ini menerusi ladang-ladangnya yang terletak di wilayah Hainan.
Kawasan seluas 560 hektar dikhususkan untuk penanaman durian
Menurut sumber luar, China sedang bersiap sedia untuk menuai tanaman durian domestik pertama musim panas ini selepas lebih empat tahun penanaman di Tapak Penanaman Durian Ekologi Yucai, di Sanya.
Ladang seluas 560 hektar di sedia untuk dituai melibatkan hasil yang dianggarkan sekitar 2,450 tan metrik durian.
Difahamkan, hasil berkenaan akan memberi pulangan kepada peladang-peladang mencecah 140 juta Yuan (RM 91.36 juta).
Setakat ini, Youqi memiliki benih anak pokok lebih dari 100 baka durian, yang mana sebahagiannya berasal dari negara asalnya seperti Thailand, Malaysia dan Vietnam.
Untuk makluman, Durian adalah buah import No. 1 ke China, mencecah AS$4.03 bilion tahun lepas dengan jumlah import sebanyak 825,000 tan.
Sumber: scmp