Tahukah anda sikat misai vokalis lagenda Queen ‘Freddie Mercury‘ telah dijual pada harga £152,000 iaitu persamaan dengan RM877,162?
Sikat misai silver atau perak dari jenama Tiffany and Co tersebut dijangka hanya akan terjual pada nilai lelongan sekitar RM3,000.
Walau bagaimanapun, seorang individu telah membeli sikat yang digunakan pelantun lagu Bohemian Rhapsody pada harga di luar jangkaan iaitu RM877,162.
Dilaporkan sekitar 30,000 barangan peribadi milik mendiang vokalis Queen Freddie Mercury tersebut dilelong dalam enam acara berasingan mengikut tema.
Semua koleksi itu dijual oleh kawan rapat dan bekas tunang Mercury, Mary Austin yang mewarisi hartanya.
Sumber: Insider