Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kartun Popular Peppa Pig Tayang Unsur LGBT?

Peppa Pig

Baru-baru ini, Peppa Pig telah memperkenalkan pasangan sejenis dalam episod bertajuk “Keluarga” yang disiarkan di UK pada hari Selasa.

Dalam episod itu rakan sekelas Peppa, Penny Polar Bear berkongsi bahawa dia mempunyai dua ibu sambil melukis foto keluarganya.

Saya Penny Polar Bear. Saya tinggal bersama ibu saya dan ibu saya yang lain. Seorang ibu seorang doktor dan seorang ibu memasak spageti. Saya suka spageti,

Ini adalah kali pertama pasangan sejenis diperkenalkan sejak siri itu ditayangkan pada tahun 2004.

Petisyen untuk memasukkan keluarga sejenis dalam Peppa Pig

Peppa Pig
Sumber: Petition

Rancangan kanak-kanak itu memasukkan unsur LGBT selepas ada pihak melakukan petisyen pada 2019 untuk menormalisasikan keluarga LGBT dalam rancangan itu.

Petisyen itu dibuat untuk mengajar kanak-kanak bahawa terdapat sesetengah keluarga mempunyai keluarga sejenis dan tidak rasa terasing apabila menonton rancangan tersebut.

Kanak-kanak yang menonton Peppa Pig berada pada usia yang mudah terpengaruh, dan tidak termasuk keluarga sejenis akan mengajar mereka bahawa hanya keluarga yang mempunyai ibu bapa tunggal atau dua ibu bapa berlainan jantina adalah perkara biasa,” petisyen itu dibacakan.

Baca juga: Kerajaan Tegas Dalam Mengekang Elemen LGBT Dalam Filem & Media Sosial

Ini bermakna bahawa kanak-kanak daripada ibu bapa sejenis mungkin berasa terasing dengan Peppa Pig, dan kanak-kanak lain mungkin lebih cenderung untuk membuli mereka, hanya melalui kejahilan.

Petisyen itu telah ditandatangani oleh 23,900 penyokong.

Pernah digelar sebagai rancangan kanak-kanak yang seksis?

Peppa Pig diselar sebagai “seksis” oleh London Fire Brigade yang mendakwa kartun tidak menggalakkan kanak-kanak perempuan menjadi anggota bomba.

Mesej dari London Fire Brigade adalah sebagai tindak balas kepada klip episod Peppa Pig bertajuk “The Fire Engine.”

Dalam episod itu, ibu Peppa dilihat berpakaian sebagai ahli bomba. Namun, dia dirujuk sebagai “fireman.”

Selain itu, episod dimana baju bola sepak putih Daddy Pig secara tidak sengaja diwarnakan merah jambu semasa dicuci, dan dia menganggap itu adalah salah satu pakaian Mummy Pig dituduh stereotaip terhadap jantina.

Sumber: thepetitionsite, people, nbc

Total
0
Shares
Related Posts