Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Caprice Nak Saman 30 Juta, Mydin Malas Ambil Port?

Siapa makan cili terasa pedasnya..

Trending di Twitter mengenai hantaran pasaraya terkenal, Mydin yang berbaur sindiran terhadap penyanyi rap terkenal, Caprice untuk mempromosikan barang mereka.

Menerusi hantaran di laman twitter Mydin, admin sosial media pasaraya tersebut menulis ‘Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice‘.

Baca juga: Cikgu Fadli Jelas Perkara Sebenar, Tak Halang Individu Cari Salah Lama

Walau bagaimanapun, perkongsian di Twitter itu telah mengundang rasa tidak puas hati penyanyi rap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

Sumber: @capricedaddycap

Malah, Caprice mahu mengambil tindakan saman RM30 juta ke atas pihak Mydin jika tidak membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam.

Mydin tak ambil port & teruskan dengan hantaran baharu

Walau diberi amaran saman 30 juta, pihak mydin kelihatan tenang dan tidak gentar dengan amaran yang diberi oleh penyanyi itu.

Malah, admin laman sosial Mydin membuat hantaran baharu memaklumkan pihaknya menerima banyak notification pagi ini dan bertanya kepada pengikutnya sudah membeli belah atau tidak di pasaraya Mydin.

Tak ada sebut nama Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa

Memetik laporan Kosmo, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin berkata pihaknya tidak membuat sebarang kesalahan dalam mana-mana hantaran yang dimuat naik di platform media sosial Mydin serta tiada sebarang unsur perlian.

Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan

Malah, beliau juga berkata siapa makan cili terasa pedas terhadap isu tersebut.

Total
0
Shares
Related Posts