Pada 4 Oktober lalu, Kota Bandung di Indonesia telah menerima hujan yang sangat lebat mengakibatkan berlakunya kejadian tanah runtuh di sebuah kawasan perkuburan Sirnaraga.
Memetik laporan Sinar Harian, lebih 20 kubur telah terjejas sehingga mengakibatkan dua kain kafan terjulur keluar dari kubur mereka yang berada di kawasan tebing Sungai Cilimus.
Daripada tujuh kubur itu, dua daripadanya adalah jenazah kanak-kanak kecil dan lima lagi adalah orang dewasa. Walau bagaimanapun, semuanya dalam keadaan baik. Cuma ada sedikit yang boleh dilihat secara langsung seperti di bahagian kepala.
Menurut Ketua Unit Pelaksana Teknikal (UPT) Tanah Perkuburan Wilayah 3 Kota Bandung Saeful Iman, benteng penahan TPU itu telah runtuh dan menyebabkan beberapa kubur terdedah dan hampir menghayutkan jenazah.
Baca juga: Fenomena Letusan Lumpur Di Sabah Bukanlah Kali Pertama
Tanah runtuh sampai kain kafan terjuntai dirakam orang awam
Kejadian yang cukup mengerikan itu sempat dirakam oleh beberapa orang awam dan dimuat naik di media soisal ketika melihat mayat jenazah terkeluar dari kubur mereka sewaktu hujan lebat.
Walau bagaimanapun, tiada mayat dihanyutkan akibat kejadian tersebut. Malah pihak berkuasa telah menyelaraskan proses pemindahan mayat dari lokasi kubur.