Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Gambar Anak Kedua Anzalna Disamakan Dengan Presiden Rusia?

Comelnya dia..

Pelakon, Anzalna Nasir baru-baru ini telah membuat perkongsian yang memaparkan cahaya mata keduanya, Mohamad Emirhan yang kini menginjak usia enam bulan.

Kemain Emirhan orang samakan rupa dengan president!

Menerusi perkongsian itu, Anzalna meninggalkan ucapan selamat ulang tahun buat anaknya.

Malah dalam hantaran itu, Anzalna juga berkata bahawa ramai yang menyamakan wajah anak keduanya itu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Happy 6 Months old Emirhan! Ramai betul orang cakap muka Emirhan macam President of Russia versi baby.. 😅 Kemain Emirhan orang samakan rupa dengan president! hahahhahahaha

Anzalna
Sumber: Instagram

Menjengah diruangan komen ramai orang meluahkan rasa teruja melihat kecomelan Emirhan, malah ramai yang bersetuju wajah Mohamed Emirhan mirip Presiden Rusia.

Untuk makluman, Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki mempunyai dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Total
0
Shares
Related Posts