Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Buat Kemunculan Pertama

Lebih sebulan selepas dimasyhurkan sebagai Sultanah Kelantan, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah membuat kemunculan pertamanya di khalayak ramai semalam, 13 September.

Kemunculan pertama Sultanah Kelantan dapat dilihat selepas gambar beliau dimuat naik di laman Facebook rasmi pejabat Unit Media Sultan Kelantan.

Sumber: Facebook

Dalam hantaran itu, difahamkan DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.

Sumber: Facebook

Rombongan PKDK itu diketuai oleh Presiden PKDK, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz dan beberapa ahli pertubuhan yang lain.

Tiada gambar Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan sejak 43 hari yang lalu

Pada 2 Ogos, Sultan Muhammad V memasyhurkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan. Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Istana Balai Besar di Kota Bharu, Kelantan. Walau bagaimanapun tiada gambar Sultanah yang dikeluarkan oleh pihak istana.

Total
0
Shares
Related Posts