Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lelaki Berkerusi Roda Kena Saman Parking Tempat OKU?

Seorang lelaki berkerusi roda baru-baru ini meluahkan rasa kecewa apabila disaman gara-gara parkir di tempat OKU.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok Roslan Jajuli, lelaki itu mendakwa dirinya disaman kerana memarkir kereta di kotak parkir OKU di Pantai Morib, Kuala Langat.

Menurutnya, dia telah menampal pelekat OKU di hadapan cermin depan kereta, namun tidak sangka dia masih dikenakan saman.

Aku baru tahu parking di tempat OKU salah. Nak saman pun tengok-tengoklah, main saman saja. 

Bayar sajalah RM20 saja kan, bayar nanti aku ambil resit. Tengok, aku ‘parking’ tempat cantik, bukan ‘parking’ sengit-sengit. Lain kali janganlah saman, ‘sticker’ macam itu tak nampak.

Jumlah saman bukan RM20 tetapi sebanyak RM300?

Menerusi video lain yang dimuat naik Roslan, dia mendakwa rupa-rupanya jumlah saman itu bukanlah RM20 tetapi RM300!

Walau bagaimanapun, kes itu sudah selesai dan saman terhadapnya telah dibatalkan oleh pihak berkuasa.

Pelekat OKU lelaki itu tidak mengikut spefikasi yang ditetapkan?

Susulan perkara itu, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dalam satu kenyataan menjelaskan, penguatkuasaan diambil selepas mendapati pelekat kenderaan OKU yang digunakan tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan.

“Individu yang videonya tular di media sosial didapati telah menampal pelekat OKU berbeza daripada versi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kerajaan Selangor.

Baca Juga: Selangor, Negeri Pertama Bakal Laksanakan Program Tuala Wanita

Hal ini kerana terdapat individu bukan OKU dengan sewenangnya membeli pelekat kenderaan OKU di kedai hanya untuk menggunakan kemudahan parkir khas tersebut.

Tambah kenyataan itu, kerajaan Selangor telah menyeragamkan penggunaan pelekat kenderaan OKU yang sah digunakan di semua PBT negeri tersebut.

Sumber: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)

Total
0
Shares
Related Posts