Kemiskinan haid atau ‘Period Poverty’ merujuk kepada situasi di mana seseorang wanita itu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kelengkapan haid seperti tuala wanita atau tampon akibat beban kewangan.
Menerusi kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mendapati 13.1 peratus kemiskinan yang melibatkan golongan remaja dan wanita adalah disebabkan ketidakmampuan untuk membeli tuala wanita.
Malah, masalah kemiskinan haid dalam kalangan rakyat Malaysia ini bukanlah perkara asing.
Selangor bakal perkenalkan program tuala wanita percuma
Menurut laporanĀ SelangorKini, Selangor bakal memperkenal program pemberian tuala wanita percuma untuk mengekang masalah tersebut.
ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata langkah ini dapat membantu menangani stigma mengenai isu sosial tersebut. Malah, beliau memberitahu isu tersebut jarang dibincangkan kerana rasa malu dan stigma masyarakat yang menganggap ia pantang larang.
Antara golongan berisiko menghadapi situasi seperti ini adalah wanita di luar bandar, miskin bandar dan miskin tegar. Manakala bagi pelajar perempuan pula ketiadaan tuala wanita boleh membatas pergerakan dan aktiviti di sekolah.
Beliau turut berkata bahawa beberapa negara luar turut melaksanakan program tersebut antaranya Korea Selatan yang menawarkan tuala wanita percuma sejak 2018 di seluruh tempat awam diikuti Scotland pada 2020.
Sumber: SelangorKini