Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kutip Lala Punya Pasal, Kereta Myvi Terdampar Tengah Laut

Perodua Myvi telah digelar sebagai king of road di Malaysia kerana kereta tersebut sering berakhir dalam keadaan luar biasa atau menghadapi situasi pelik.

Baru-baru ini, sebuah Perodua Myvi dirakam ‘terdampar’ di tengah laut di Pantai Sentosa, Sekinchan.

Baca juga: Lori Rosak Tepi Jalan, Rakyat Prihatin Tolong Hantar Air

Menerusi video berlainan, @shhrulnzm_ menjelaskan bahawa pemilik kereta itu dipercayai telah meletakkan kereta mereka di situsementara pemiliknya pergi ke laut untuk mengutip siput lala.

@shhrulnzm_

Once king, always king. Kesian tapi macam kelakar tapi haih kesian jelah 🙂😌 #fyp

♬ original sound – syashasamsudin – 𝓝𝓢𝓢🔐

Namun air mula pasang secara mengejut, menyebabkan kereta itu tersangkut di situ.

Bomba berjaya ‘Selamatkan’ Myvi daripada hanyut

Myvi itu berjaya dibawa keluar dari air laut oleh Bomba dan orang awam. Malah pemilik akaun TikTok itu turut membantu dan video tersebut telah dirakam oleh ibunya ketika berada di lokasi tersebut.

@shhrulnzm_

Replying to @Faez Shazwan mana yang cakap saya record je, yang pakai seluar pendek tu saya. Sampai ke bawah saya pergi tolong kata saya record je tak tolong ☹️☹️ kalau dah tunjuk gini kang kabo riak pula ☹️

♬ original sound – Abe – Abe

Myvi tengah dalam fasa healing

Sememangnya, insiden itu agak menyedihkan tetapi pada masa yang sama, terdapat juga netizen yang terhibur dengan kejadian tersebut.

 Kadangkala terfikir macam manalah perkara seperti itu boleh terjadi. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh dijadikan teladan supaya netizen tidak sesuka hati meletakkan kenderaan di kawasan pantai.

Total
0
Shares
Related Posts