Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Challenge Sambung Ayat Al-Quran, Buat Netizen Kagum

Baru-baru ini, TikTok dibanjiri satu cabaran menarik iaitu menyambung ayat al-Quran yang dibacakan kepada orang awam.

Menerusi perkongsian video dimuat naik di laman TikTok Abdul Qawiy, pemuda ini mengajak orang ramai untuk menyahut cabarannya menyambung ayat al-Quran di kawasan sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Terpegun dengan suara Abdul Qawiy dan Pakcik ketika membaca Al-Quran

Menerusi video berkenaan, ramai penonton kagum dengan suara merdu Abdul Qawiy membacakan ayat Quran, Malah netizen teruja bila pakcik ini turut mempunyai suara yang lunak ketika dia sambung ayat tersebut.

Tolong buat Konten macam ini

Menjengah diruangan komen rata-rata pengguna TikTok inginkan konten yang dilakukan oleh Abdul Qawiy.

Sumber: TikTok Abdul Qawiy

Kini, video itu telah meraih 2.5M tontonan, 436K tanda suka dan 10K komen.

Total
0
Shares
Related Posts