Sempena sambutan Hari Kebangsaan, kita akan melihat bangunan-bangunan, kawasan perumahan dan bahu jalan di Malaysia di hias dengan bendera Jalur Gemilang sebagai tanda memperingati para pejuang dan semangat cinta akan negara.
Namun ia akan menjadi unik dan istimewa kepada Rakyat Malaysia apabila melihat Jalur Gemilang dipaparkan di bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, Dubai.
Baca juga: Mohamed Bin Hamzah: Pengasas Jalur Gemilang
Dalam satu hantaran di Facebook, Burj Khalifa telah memuat naik sebuah video menara itu yang memaparkan bendera Jalur Gemilang dengan bertemakan lagu ‘Negaraku’
Burj Khalifa menyambut Hari Kebangsaan Malaysia dan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat Malaysia.
Burj Khalifa, Instagram
Perkara itu bukan sahaja menarik perhatian netizen, malah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga meninggalkan ucapan terima kasih di bahagian komen.