Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

5 Juta Data Peribadi AirAsia Digodam?

Ancaman keselamatan siber semakin berleluasa. Baru-baru ini sejumlah lima juta maklumat peribadi melibatkan penumpang serta pekerja syarikat penerbangan terkenal iaitu AirAsia telah digodam oleh sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Daixin.

Menurut perkongsian dimuat naik di laman Twitter, AirAsia telah menjadi mangsa serangan perisian tebusan.

Kumpulan tersebut telah berkongsi dua fail CSV yang mengandungi butiran peribadi penumpang dan pekerja.

Namun, Daixin mendedahkan mereka tidak meneruskan serangan ke dalam sistem rangkaian AirAsia disebabkan ia tidak tersusun dan tidak mempunyai piawaian yang selaras.

Telah melakukan pengodaman dari awal November lalu

Photo by Mika Baumeister on Unsplash

Difahamkan, kumpulan penggodam itu mula melakukan jenayah tersebut pada awal November lalu.

Baca Juga: Kiplepay Maklumkan Pengguna Potensi Data Diceroboh Melalui Pihak Ketiga

Setakat ini, Pihak AirAsia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian kebocoran maklumat ini.

Sumber: databreaches

Total
0
Shares
Related Posts