Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Harga Selipar Buruk Steve Jobs, Mampu Beli Sebuah Rumah?

Tahukah anda, harga selipar steve jobs mempunyai nilai lelongan mencecah hampir satu juta ringgit?

Menurut laporan AP News, sepasang sandal yang digunakan oleh Steve Jobs dilelong pada harga USD$ 218,750 atau sekitar RM995,496.00 oleh pusat lelong Julien’s Auctions.

steve jobs
Sumber: AP News


Harga itu sekaligus menjadikan ia sebagai sandal paling mahal pernah dilelong oleh syarikat lelongan, Julien Auction.

Difahamkan, selipar berjenama Birkenstock Arizonas ini sering dipakai Steve sewaktu awal penubuhan Apple pada 1970an, dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah mereka.

Baca Juga: Ini Senarai Harga iPhone 14, Pra-Tempahan Dibuka Pada Hari Malaysia

Malah, Sandal itu dikatakan sebahagian daripada kesederhanaan Steve Jobs kerana beliau tidak akan melakukan atau membeli apa-apa hanya untuk menonjol daripada orang lain. Jobs hanya percaya pada kepintaran sesuatu rekaan serta keselesaan memakainya.

Sebelum ini telah dipamerkan di beberapa negara, termasuk di kedai Birkenstock pertama di Amerika Syarikat dan di Muzium Sejarah Wurttemberg di Stuttgart, Jerman.

Total
0
Shares
Related Posts