Seperti umum tahu, Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Ciri-ciri iklim ini telah mempengaruhi pelbagai aktiviti di Malaysia.
Tapi tahukah anda terdapat sekian waktu suhu menjadi tinggi mengikut zon di Malaysia?
Baru-baru ini, MetMalaysia berkongsi waktu paling panas di zon berbeza Malaysia berdasarkan data daripada Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).
Menurut MetMalaysia, Negeri-negeri utara seperti Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang mengalami suhu paling panas dari 1 hingga 3 petang.
Bagi negeri tengah seperti Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya, suhu paling panas dirasai dari jam 2 hingga 4 petang. Begitu juga dengan negeri-negeri selatan seperti Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.
Di Pantai Timur di beberapa tempat seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, suhu tertinggi direkodkan adalah dari 1 hingga 4 petang.
Baca Juga: Fenomena El Nino & Kesan Di Malaysia
Tempat-tempat di Sabah dan Labuan mengalami suhu tertinggi dari 12 hingga 2 petang. Sementara itu, di Sarawak, tempat seperti Kapit, Bintulu, Miri, dan Limbang mengalami suhu paling panas dari 2 hingga 3 petang.
Bagaimanapun, tempat-tempat di barat Sarawak seperti Kuching, Samarahan, Sarikei, Sri Aman, Serian, Mukah, Sibu, dan Betong mengalami suhu tertinggi dari jam 1 hingga 4 petang.
Sumber: MetMalaysia