Ramai warga asing terutamanya pendatang asing tanpa izin (PATI) didakwa gagal melangsaikan tunggakan bil perubatan di klinik serta hospital kerajaan sehingga menelan ratusan juta ringgit
Ini termasuk kos bersalin, situasi kecemasan, pemeriksaan pesakit luar dan ubat-ubatan.
Menurut laporan Berita Harian, warga asing didakwa menggunakan pelbagai helah termasuk berjanji akan membayar kemudian, sebelum ‘hilang’ selepas menerima rawatan sehingga Kementerian Kesihatan (KKM) terpaksa menutup mata, menanggung kerugian.
Angka terbaru menunjukkan sehingga penghujung 2023, jumlah tunggakan melibatkan rawatan warga asing mencecah lebih kurang RM100 juta.
Rawatan terpaksa diberikan kepada warga asing atas dasar hak asasi manusia dan simpati, walaupun status mereka dicurigai atau mereka ini PATI sekali pun.
Baca Juga: Batu “Sea Stack” Di Taman Negara Bako Runtuh
Meskipun mereka sudah mendaftar dengan kita dan ada membayar deposit terlebih dahulu, akhirnya mereka lolos juga kerana enggan membayar tunggakan bil rawatan yang mungkin melebihi jangkaan mereka.
Difahamkan, warga asing yang ‘berhutang’ dengan hospital kerajaan dalam bentuk bil perubatan membabitkan 38 negara sejak beberapa tahun lalu.
Selain negara rantau Asia seperti India, Myanmar dan Indonesia, terdapat juga warga asing terbabit dari negara maju seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Jerman, Finland, Singapura, Sweden dan Jepun.